Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Monday, December 1, 2008

PAKAT SOKONG BARANGAN MUSLIM

Pakat sokong produk muslim

Berapa ramai umat Islam di negara kita yang mengambil berat soal pemakanan dan barangan keperluan harian?Soal kesucian dan kehalalannya?Perkara ini tidak sepatutnya dipandang ringan oleh setiap individu yang bergelar muslim kerana ia melibatkan pembinaan jatidiri kita sebagai seorang muslim.

Sekiranya setiap saat badan kita dimasui oleh unsur2 haram mahupun syubhah,setiap kali itulah mata hati kita akan dilitupi oleh tompok2 gelap yang membawa kepada diri kita akan menurut hawa nafsu drpd menjaga batas syariatnya..Oleh yang demikina mulai detik ini,sama2 kita mencari produk2 keluaran umat Islam sendiri agar generasi yang kita lahirkan sekarang akan terselamat drpd gejala2 sosial yang semakin parah sekarang..

Tak boleh buat semua,jgn tinggal semua…ya,tak semua brgn keperluan harian kita sekarang dapat diperolehi dgn mudah hasil keluaran umat Islam sendiri,InsyaAllah jika kita mempunyai keazaman yang kuat untuk meilih produk2 halalan toyyiban,Allah akan mebuka jalannya..Antara syarikat2 yang mengeluarka produk2 halalan toyyiban ini adalah:

1)KOHILAL-Barangan keperluan harian spt pencuci pinggan mangkuk,pencuci kain,sabun mandi,perencah serbaguna(mcm ajinomoto lebih kurang)

2)ERA EDAR MARKETING-Ubatan berasaskan Homeopati,herba dan barangan kosmetik(sudah2 le kita guna avon,amway,etc…)

3)HPA-Ubat2an berasaskan herba serta barangan keperluan harian eg pencuci kain,ubat gigi dll

4)HALAGEL-Ubat gigi,gelatin,vitamin c,berus gigi,garam bukit

5)DH MEGA ENTERPRISE-SMYLO,serbuk malt coklat mcm milo

6)BIOSIRIH COSMETICS-Barangan kosmetik dan ubat2an herba

Sebenarnya hendak seribu cara,tak mahu puluh ribu alasan…sesiapa yang berminat boleh le hubungi kami ,kami mmg pengedar produk2 muslim(tak le semua).Nak jadi pengedar lagi bagus..InsyaAllah Allah tambah rezeki sbb kita buka jalan untuk umat Islam yang lain menggunakan produk halalan toyyiban ini.

BOIKOT ISRAEL..

Boikot TESCO…

Barat Boikot Tesco, orang Malaysia sokong Tesco
KENAPA?

“Sebagai manusia tidak kira apa bangsa dan agama, anda sepatutnya memboikot Tesco. Di negara barat mereka mengadakan kempen memboikot Tesco atas 3 sebab iaitu :

1. Kerana melakukan intipan ke atas pelanggan
2. Penyokong kuat Israel
3. Antara syarikat yang banyak membawa pencemaran alam di UK Mereka yang membeli di Tesco , akan ada “saham” anda menzalimi penduduk Palestin.

Berikut buktinya :

http://www.boycottcity.org/view/index.php?itemId=81

Boycott Name: Tesco
Description: Supermarket
Category: services, medical
Comments:

1) Experimenting with RFID tags
2) Large supporter of Israel
3) Recently named and shamed as one of the UK’s largest poluters.

http://www.boycotttesco.com/ TESCO Snaps Your Photo? As reported in the London Times and the Guardian, hidden cameras at Tesco have taken mug shots of people picking up products with Spychips. Now, the press reports that Tesco “expects to finalize a deal within weeks for the purchase of millions of [RFID] tags.” It’s time to take a stand. Don’t let Tesco spy on YOU! ”

Sumber : http://sensasi.freephpnuke.org/ (saluran sensasi anda)

PEDULIKAH KITA???

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak redha(tidak senang)kepada engkau(Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka.” (surah Al-Baqarah ayat 120)

Kehidupan umat Islam kini semakin tercabar.Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah politik dan ekonomi,tetapi turut menerima ancaman drpd aspek sosiobudaya,termasuk barangan dan makanan untuk keperluan harian.Secara tidak sedar,perkara terakhir inilah yang banyak mempengaruhi budaya hidup umat Islam masa kini..eg,berapa ramai umat melayu Islam yg terlibat dgn masalah sosial:mat/minah rempit,sumbang mahram,rogol etc..

Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat Islam.Bagi orang Islam,sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.Oleh kerana kepercayaan Islam dibentuk oleh ajaran Islam itu sendiri,maka tiada apa pun yang boleh dipandang remeh.”yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas,diantaranya keduanya adalah perkara-perkara yang meragukan”(maksud hadith)

“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu…(suarah An-Nahl,ayat 114).Oleh itu,sebelum memutuskan sesuatu makanan itu layak dimakan atau tidak,kita perlu menimbangkan lebih dari sekadar ianya hala atau haram.Perkataan “toyyiban” bermakna baik,dan ini juga bererti makanan itu mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada sumber yang asli.

Seeloknya kita teliti dan menghayati isi kandunagn buku PANDUAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG-HALAL HARAM.Buku ini tidaklah memberi panduan secara terperinci semua yang terkandung didalamnya adalah haram,memadailah kita sebagai umat Islam lebuh berhati-hati dengan makanan yang kita makan ,terutama makanan yang dikategorikan sabagai syubhah(yg diragui)kerana keraguan status mknn tsb boleh membawa kpd gelapnya hati kita lantas membawa kita utk lebih mengikut hawa nafsu drpg menjaga batas syariatnya.

Seringkali juga kita tidak berapa endah dgn produk2 keluaran Yahudi …sudah berapa lama umat Islam Palestin menderita akibat perbuatan kejam rejim zionis Israel..tetapi kita terus memberi sumbangan secara tidak langsung kepada zionis terkutuk untuk terus menghancurkan umat Islam.awalaupun kita tidak dpt membantu umat Islam palestin secara langsung,cukuplah dgn memboikot produk keluaran mereka terutama sekali rokok..tahukah anda….mereka yg merokok tlh menyumbangkan sebanyak USD 5 juta sehari kpd zionis israel…

Justeru,marilah kita berazam mengubah tabiat pemakanan dan cara hidup kita…

panduan utk memboikot produk yahudi,klik

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html