Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Saturday, May 9, 2009

Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah

بسم الله الرحمن الرحيم
Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد

Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) ))

Keterangan :

Seseorang muslim itu perlu bersifat dengan keperibadian yang penuh dengan ciri-ciri yang baik. Antaranya : Beriman, berilmu, kuat, berani, bebas dari sebarang pengaruh makhluq (تجرد), sabar, berhati-hati, amanah, pemurah, sentiasa memelihara/mengelak diri dari dosa, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, pengasih, tidak terjejas pendiriannya meuju keredhoan Allah dengan cemuhan dan cercaan manusia, tamakkan setiap perkara yang memberi kebaikan kepadanya di akhirat, sentiasa bergantung harap dan pertolongan daripada Allah, tidak mudah lemah semangat dan malas, redho dengan ketentuan Allah, sentiasa berwaspada dalam kehidupan agar tidak ada peluang syaitan menguasainya dan sebagainya.

Di dalam hadith ini, kita diseru dengan jelas agar berakhlaq dan memakaikan diri dengan ciri kekuatan :
1) Maksud Kuat Di Dalam Hadith :

Keazaman dan ketinggian jiwa untuk patuh kepada Allah yang pastinya berada dalam tubuh yang sihat. “Aqal yang cerdas dari tubuh yang cergas”

Manakala tubuh yang kuat semata-mata sedngkan jiwa yang rosak dan penakut, semangat yang lemah dan bertuankan nafsu tidak termasuk dalam maksud hadith ini. Bagaimanakah Allah boleh mengasihi orang yang sebegini sedangkan Allah telah memusnahkan ramai manusia yang kuat dan perkasa setelah mereka tidak tunduk kepada Allah dan menolak hukum dan ketetapan Nya untuk bersenang-lenang dengan kemewahan serta kelazatan dunia? Firman Allah swt. Dlm surah Al-Fajr ayat 6-14 :

[6] (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) [7] Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) [8] Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?[9] Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? [10] Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? [11] (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). [12] Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. [13] Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; [14] Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

2) Kedudukan Sifat Kuat Dalam Islam

Kuat dalam pengertian hadith ini merupakan sifat yang sangat terpuji dalam Islam bahkan amat perlu ada dalam setiap diri muslim kerana ia satu-satunya jalan untuk merealisasikan jihad yang merupakan puncak kemuliaan agama ini. Ia juga satu-satunua jalan untuk memastikan seorang muslim itu terus melazimi Islamnya secara menyeluruh.

Ia juga merupakan rahsia kemuliaan dan kebahagiaan dalam janji Allah kepada kaum ‘Aad melalui lidah Nabi Hud a.s. :
[52] Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

Allah juga memerintahkannya dalam surah Al-Anfal ayat 60 :
“Dan bersedialah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”

Begitu juga Nabi junjungan kita saw. banyak memohon dijauhkan dari sebarang sebab dan penampilan yang lemah :
((.... وأعوذ بك من العجز والكسل ...))

3) Faedah-Faedahnya Dan Contoh-Contoh Orang-Orang Terdahulu

Antara faedah-faedah sifat kekuatan :

1- Sanggup melaksanakan MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN tanpa rasa takut atau malu alah sepertimana yang berlaku pada Abu Hazim dengan Abdul Malik Bin Marwan, imam Ahmad dan mu’tasim, MB Perak yang sah dsbnya
2- Cintakan jihad dan bersegera menuju jalannya serta sanggup berdepan musuh sepertimana yang dilakukan bilal dgn tuannya Umaiyah Bin Khalaf dlm peperangan badar dan hanzolah bin abi amir dlm peperangan uhud.
3- Sabar dgn kesakitan, menanggung kesusahan kerana Allah, sptmana yang ditanggung muslimin peringkat permulaan di kota mekah menanggung tekanan dan siksaan, dan sptmana yg dialami pejuang2 Islam di seluruh dunia.
4- Memelihara syiar2 pengabdian kepada Allah seperti solat, zakat, puasa, haji, membaca Al-Quran, zikir, doa, istighfar, sedeqah dsbgnya dgn penuh semangat dan kesungguhan sptmana yg dilakukan oleh mereka yang mengisi malam dengan amalan dan siang dengan puasa tanpa jemu dan bosan.

4) Jalan Untuk Memperolehinya Dan Bersifat Dengannya

1- Ikhlas kerana Allah dari segi kata-kata, perbuatan dan lintasan hati, yang mana tiada tertinggal walau sedikitpun untuk tujuan selain Allah spt mana dlm firman Nya surah Al-An’am ayat 162-163 :
[162] Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [163] Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Barangsiapa menyerahkan dirinya kepada Allah nescaya Allah akan membantunya dan sentiasa bersamanya dan tidak akan membiarkannya selama tempoh tersebut. Firman Allah taala mengenai ashabul kahfi dalam surah al-kahfi ayat 14 :
[14] Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

2- Tidak terpengaruh dengan sebarang usaha, perancangan dan kekuatan makhluq kecuali dengan upaya dan daya daripada kekuasaan Allah. Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga sampai kepada tahap keimanan ini, dia akan meyakini bahawa semuanya adalah datangnya dari percaturan, penguasaan dan perancangan Allah semata-mata. Sabda Rasulullah saw. :

(( أكثروا مِن : لا حول ولا قوة إلا بالله، فإنه كنز من كنوز الجنة))
أخرجه إمام أحمد ومسلم وأبو داود
((Perbanyakkanlah “Tiada usaha dan daya melainkan dengan (apa yg dikurniakan) Allah” kerana sesungguhnya ia merupakan harta daripada harta-harta di syurga))

3- Tidak merasa lemah atau kekurangan, kerana sesungguhnya sesiapa yang merasa diri lemah atau tak mampu sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri, seterusnya menjadi malas berterusan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Begitulah pesan nabi ولا تعجز" “ “dan janganlah kamu merasa lemah”.

4- Sentiasa tamak haloba (احرص على ما ينفعك) untuk menghiasi diri dengan akhlaq / perbuatan yang bermanfaat dan berfaedah di akhirat. Dan tiadalah yang paling bermanfaat untuk manusia melainkan agama / cara hidup yang diwahyukan Allah azza wa jalla :
“Tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”

5- Sentiasa memelihara amalan-amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan sunnat spt qiamullail, puasa sunat, sedeqah, zikir, doa, istighfar, membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadith qudsi :
(( ... وما تقرب علي عبدي بشيء أحب مما افترضته عليه، وما زال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه ))
“Dan tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan diri hamba Ku yang lebih Aku suka melainkan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, Dan apabila hambaku menghampirkan dirinya dengan amaln-amalan sunat sehingga Aku mengasihinya, maka apabila Aku mengasihinya, Akulah yang menjadi pendengarannya ketika mendengar dan penglihatannya ketika melihat dan tangannya yang mengambil dan kakinya yang berjalan, dan sekiranya dia meminta nescaya akan Ku berikannya dan sekiranya dia memohon perlindungan pasti akn Ku lindunginya”

6- Zuhud daripada kemewahan, kesenangan, kenikmatan dan kerehatan hidup kerana yang demikian itu akan membantu membina kesabaran, menanggung kesusahan, berhadapan dengan kesulitan dan ketegangan.

7- Selalu melihat dan meneliti sejarah-sejarah orang-orang terdahulu serta mengambil tahu sejauh mana pengalaman yang mereka lalui dari segi ketegangan, kesakitan dan tekanan kerana yang demikian itu akan melahirkan rasa kehebatan dan kemuliaan terhadap mereka. Kita juga akan terasa kesusahan yang dilalui hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka.

8- Sentiasa memikirkan diri dan alam ini kerana yang demikian itu akan menyedarkan hakikat dirinya sendiri, maka tidak akan menjadi takabbur dan tertipu dengan diri sendiri, bahkan terus berusaha meningkatkan dan memperbaiki kelemahan diri.

20] Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Surah Adz-Dzariat Ayat 20-21

9- Sentiasa mencari ilmu dan menghadiri majlis-majlis ilmu, kerana dengan demikian itu akan membantu mengenali kecacatan pada diri dan cara-cara menghilangkannya. Lebih-lebih lagi ianya menjadi sebab kepada ketenangan jiwa, keteguhan hati dan mendapat kasih sayang Allah bahkan disebut di sisi Allah :
(( لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا ‏ ‏حفتهم ‏ ‏الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده ))
“Tidak duduk sekumpulan manusia menyebut dan mengingati Allah melainkan para malaikat menaungi mereka dan rahmat (kasih sayang Allah) memenuhi mereka dan Allah turunkan ketenangan dalam hati mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka kepada para malaikat di sisiNya”.

10- Berdamping dengan orang-orang soleh dan baik-baik, kerana mereka akan sentiasa memberi peringatan dan teguran kepadamu sekiranya kamu terlalai, dan membantumu ketika kamu ingat :

(( من يرد الله به خيرا يهده خليلا صالحا، إن نسي ذكره وإن ذكر أعانه )) أخرجه أبو داود
“Barangsiapa yang Allah mahu berikan kebaikan, Allah akan memberinya kawan rapat yang soleh, sekiranya dia terlalai pasti diingatkan dan ketika dia ingat pasti dia membantunya”

11- Menjauhkan diri dari maksiat dan kejahatan, kerana ia memudharatkan badan dan aqal, bahkan agamanya sendiri :
((‏ ‏خمس إذا ابتليتم بهن وأعوذ بالله أن تدركوهن : ما ظهرت الفاحشة في قوم فيعلنوا بها إلا ظهرت فيهم الأمراض والأوجاع التي لم تكن مضت في أسلافهم ...)) أخرجه ابن ماجه
“5 kemungkaran apabila berlaku pada kamu, dan aku memohon kepada Allah agar kamu tidak sampai zaman itu : 1) tidak terzahir perzinaan dalam sesuatu kaum itu lalu disebarkan melainkan lahirlah penyakit-penyakit yang tidak pernah wujud sebelumnya …”

12- Melazimi beberapa aktiviti riadhah yang boleh membina dan menguatkan tubuh badan spt memanah, berenang, seni mempertahankan diri dsbnya.