Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Wednesday, August 26, 2009

Terapi Solat

Terapi solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelomba

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Menurut Prof.Dr Fatimah lagi,komposisi tubuh dapat diperbaiki sekiranya solat tersebut mencapai 5 tahap berikut:

1)Menunaikan solat 5 waktu

2)Solat secara berjemaah

3)Rukuk dengan betul-keadaan 90darjah

4)Sujud dengan betul

5)Melentikkan ibu jari kaki ketika duduk antara 2 sujud dan tahiyyat

Subhanallah!Memang benarlah kalamullah itu,cuma manusia sahaja antara mahu berfikir ataupun tidak sahaja!

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 BALA &KONSPIRASI KAPITALIS??

Assalamualaikum,sekian lama rasanya blog ni tak diupdatekan,memandangkan pelbagai kesibukan dan tugasan2 yang tak pernah habis selagi bernyawa.Satu dunia kecoh hari ni gara2 wabak h1n1 yang telah mengorbankan seramai 44 orang malaysia setakat hari ini.Ketika saya sedang menaip ni,forum rakyat radio ikim fm pun tgh membincangkan tentang kewajaran sekolah2 ditutup utk mengengkang penularan wabak ini.Berbalik asal-usul timbul penyakit ini,sebagai mereka yang beriman dgn qada' dan qadar Allah tentunya menerima segala apa yang berlaku adalah sebagai ujian daripada Al-Khaliq.Bagi mereka yang beriman juga akan beranggapan wabak h1n1 ini adalah sebagai salah satu tanda akhir zaman iaitu timbulnya pelbagai penyakit -penyakit pelik.Menurut Dr.Rosni Adam,Pengarah Nisa'Malaysia,khinzir adalah seekor haiwan yang Allah ciptakan berpotensi mencipta pelbagai virus seperti virus h1n1 dan pelbagai virus lain yang tidak dapat dijangka,tiada gunanya memberi pelbagai anti virus kepada haiwan ini kerana virus2 tersebut memang terkandung di dalam DNA haiwan tersebut,Subhanallah,begitulah kuasa Allah menciptakan haiwan ini sebagai ujian kepada manusia.Tidak kurang juga ada yang beranggapan penularan wabak ini sebagai bala dari Allah akibat maksiat2 yang berleluasa dan keangkuhan manusia yang membelakangi hukum Allah SWT.Saya tertarik dengan tulisan saudara Hishamuddin Rais dlm Malaysiakini tentang h1n1 ini,beliau mengaitkan wabak ini dengan konspirasi kapitalis yang ingin mengaut keuntungan berlebihan dengan mencipta penyakit2 baru untuk melariskan pelbagai ubat2an.Boleh baca tulisan Hishamuddin Rais dlm malaysiakini,sebegitu liciknya Yahudi la'natullah ini!