Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Tuesday, September 28, 2010

MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH

Mungkin masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin".Pejam celik pejam celik dah pun hari ni masuk 20 Syawal,rasa begitu cepat masa berlalu.Umur pun semakin meningkat saban hari,entah esok,lusa tulat tak tahu bila Alah akan ambil balik hak nyawa yang dipinjamkan kepada kita.Sementara masih ada nyawa lakukanlah apa yang kita buat sebaik mungkin.

Sekadar ingin berkongsi denagan teman-teman,(saya suka mendengar radio ikim fm)berkenaan mendapatkan hati yang bersih ,motivasi pagi yang disampaikan oleh us.mohd ghazali ibrahim(adik keada arwah us asri ibrahim)hari ni dah masuk cara yang kelima iaitu berguru dengan alam sekitar.Cara2 yang lain tu dah ingat2 lupa,(tu le,tak nak catit lg).Tertarik dengan penyampaian us.ghazali tu,antara perkara yang kita dapat belajar dari alam sekitar ialah cara hidup haiwan yang berada di kutub utara iaitu penguin,kesabaran yang memang kalau dibnadingkan dengan manusia ,rasanya manusia pun kalah.Bayangkanlah, sekawanan penguin jantan boleh tahan berdiri alam cuaca sejuk di kutub utara selama 4 bualn tanpa makan dan minum semata-mata untuk mengeram telur penguin.MasyaAlah,hebat sungguh kesabaran penguin ni.

Banyak lagi perkara yang kita boleh pelajari dari alam sekieliling kita.Kalau rajuin tengok2 lah web yahya haron.com,banyak kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita yang akan membawa diri kita lebih dekat dengan Allha.Ya Allah,kurniakanlah aku kesabaran dalam mengharungi ujian daripadaMua..Ameen