Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Saturday, October 9, 2010

VAKSIN:ANTARA KEPERLUAN DAN KONSPIRASI YAHUDI

"Baru pertama kali saya jumpa dengan orang yang sanggup mendedahkan diri kepada bahaya". Tersirap darah mendengar kata-kata seorang doktor pakar wanita sebuah pusat perubatan swasta selepas saya dan suami mengambil keputusan untuk tidak mengenakan anak yang baru lahir ketika itu menerima sebarang suntikan vaksin."Puan tahu tak,kalau tak kerana penicilin tu,dah ramai orang mati",kata doktor itu lagi nak mengukuhkan hujahnya bahawa suntikan vaksin satu kewajipan.Astaghfirullahal'azim..mengucap panjang saya dan suami..sampai demikian keyakinan pengamal perubatan alopati meletakkan keyakinan dan pergantungan mereka kepada vaksin.

"Kenapa puan tak nak bagi vaksin pada anak?Nanti macam-macam penyakit boleh dapat,terutama meningitis,belum ada ubat lagi boleh sembuhkan penyakit tu",kata doktor pakar itu lagi penuh yakin."Saya dan keluarga mengamalkan homeopati",saya jawab ringkas.Doktor tersebut masih tidak berpuas hati."Homeopati ada semua ubat ke?Saya rasa homeopati pun tak boleh cover semua penyakit",doktor itu berhujah lagi."InsyaAllah ada,sebab saya pun belajar homeopati juga",jawab saya ringkas"oklah,kalau saya cakap pun encik dan puan memang tak nak juga bagi vaksin pada anakkan?Esok pakar kanak-kanak akan datang ,saya nak cakap lebih2 pun saya bukan pakar kanak2,biar dr***** yang jelaskan sendiri",tetap tak nak mengalah doktor wanita tu.

Saya dan suami bukan menolak terus perubatan alopati,tapi dalam bab suntikan vaksin memang kami tak bagi muka.Apa taknya,jelas-jelas vaksin ni antara konspirasi yahudi paling hebat yang berjaya dilancarkan puak yahudi la'natullah,selain bahan-bahan yang terkandung dalam vaksin sendiri terdapat pelbagai jenis bahan yang haram!.Kalau berhujah dengan nurse dan doktor alopati memang puak-puak ni akan serang habis-habisan,tetapi betulkah hanya dengan vaksin sahaja penyakit2 bahaya ni dapat dielakkan?Walaupun dengan dimasukkan bahan yang haram dalam badan?"InsyaAllah homeopati ada ubatnya",jawab saya ringkas apabila doktor pakar wanita tersebut tidak berpuas hati.

Apa yang agak saya terkilan adalah cara doktor pakar wanita tu berhujah,seolah2 vaksin adalah satu2nya cara untuk mengelakkan penyakit berbahaya.Cara lain selain vaksin tak boleh diterima pakai.Kadang2 bila seseorang tu rasa ilmu dialah ynag betul,bila bercakap tak sedar bahawa dia sedang menjerumuskan diri mensyirikkan Allah!Meman gmanusia disuruh berikhtiar dan mencegah penyakit,tetapi seandainya ada alternatif ubat untuk vaksin yang jelas2 mengandungi bahan haram,selagi itulah saya dan suami tak akan membenarkan anak2 kami disuntik vaksin.Boleh baca ulasan sedikit disini berkenaan bahaya vaksin,lagi disini