Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Saturday, May 9, 2009

Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah

بسم الله الرحمن الرحيم
Mukmin Yang Kuat Lebih Baik Dan Dikasihi Allah Dari Mukmin Yang Lemah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد

Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) ))

Keterangan :

Seseorang muslim itu perlu bersifat dengan keperibadian yang penuh dengan ciri-ciri yang baik. Antaranya : Beriman, berilmu, kuat, berani, bebas dari sebarang pengaruh makhluq (تجرد), sabar, berhati-hati, amanah, pemurah, sentiasa memelihara/mengelak diri dari dosa, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, pengasih, tidak terjejas pendiriannya meuju keredhoan Allah dengan cemuhan dan cercaan manusia, tamakkan setiap perkara yang memberi kebaikan kepadanya di akhirat, sentiasa bergantung harap dan pertolongan daripada Allah, tidak mudah lemah semangat dan malas, redho dengan ketentuan Allah, sentiasa berwaspada dalam kehidupan agar tidak ada peluang syaitan menguasainya dan sebagainya.

Di dalam hadith ini, kita diseru dengan jelas agar berakhlaq dan memakaikan diri dengan ciri kekuatan :
1) Maksud Kuat Di Dalam Hadith :

Keazaman dan ketinggian jiwa untuk patuh kepada Allah yang pastinya berada dalam tubuh yang sihat. “Aqal yang cerdas dari tubuh yang cergas”

Manakala tubuh yang kuat semata-mata sedngkan jiwa yang rosak dan penakut, semangat yang lemah dan bertuankan nafsu tidak termasuk dalam maksud hadith ini. Bagaimanakah Allah boleh mengasihi orang yang sebegini sedangkan Allah telah memusnahkan ramai manusia yang kuat dan perkasa setelah mereka tidak tunduk kepada Allah dan menolak hukum dan ketetapan Nya untuk bersenang-lenang dengan kemewahan serta kelazatan dunia? Firman Allah swt. Dlm surah Al-Fajr ayat 6-14 :

[6] (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) [7] Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) [8] Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?[9] Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? [10] Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? [11] (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). [12] Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. [13] Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; [14] Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

2) Kedudukan Sifat Kuat Dalam Islam

Kuat dalam pengertian hadith ini merupakan sifat yang sangat terpuji dalam Islam bahkan amat perlu ada dalam setiap diri muslim kerana ia satu-satunya jalan untuk merealisasikan jihad yang merupakan puncak kemuliaan agama ini. Ia juga satu-satunua jalan untuk memastikan seorang muslim itu terus melazimi Islamnya secara menyeluruh.

Ia juga merupakan rahsia kemuliaan dan kebahagiaan dalam janji Allah kepada kaum ‘Aad melalui lidah Nabi Hud a.s. :
[52] Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

Allah juga memerintahkannya dalam surah Al-Anfal ayat 60 :
“Dan bersedialah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”

Begitu juga Nabi junjungan kita saw. banyak memohon dijauhkan dari sebarang sebab dan penampilan yang lemah :
((.... وأعوذ بك من العجز والكسل ...))

3) Faedah-Faedahnya Dan Contoh-Contoh Orang-Orang Terdahulu

Antara faedah-faedah sifat kekuatan :

1- Sanggup melaksanakan MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN tanpa rasa takut atau malu alah sepertimana yang berlaku pada Abu Hazim dengan Abdul Malik Bin Marwan, imam Ahmad dan mu’tasim, MB Perak yang sah dsbnya
2- Cintakan jihad dan bersegera menuju jalannya serta sanggup berdepan musuh sepertimana yang dilakukan bilal dgn tuannya Umaiyah Bin Khalaf dlm peperangan badar dan hanzolah bin abi amir dlm peperangan uhud.
3- Sabar dgn kesakitan, menanggung kesusahan kerana Allah, sptmana yang ditanggung muslimin peringkat permulaan di kota mekah menanggung tekanan dan siksaan, dan sptmana yg dialami pejuang2 Islam di seluruh dunia.
4- Memelihara syiar2 pengabdian kepada Allah seperti solat, zakat, puasa, haji, membaca Al-Quran, zikir, doa, istighfar, sedeqah dsbgnya dgn penuh semangat dan kesungguhan sptmana yg dilakukan oleh mereka yang mengisi malam dengan amalan dan siang dengan puasa tanpa jemu dan bosan.

4) Jalan Untuk Memperolehinya Dan Bersifat Dengannya

1- Ikhlas kerana Allah dari segi kata-kata, perbuatan dan lintasan hati, yang mana tiada tertinggal walau sedikitpun untuk tujuan selain Allah spt mana dlm firman Nya surah Al-An’am ayat 162-163 :
[162] Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [163] Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Barangsiapa menyerahkan dirinya kepada Allah nescaya Allah akan membantunya dan sentiasa bersamanya dan tidak akan membiarkannya selama tempoh tersebut. Firman Allah taala mengenai ashabul kahfi dalam surah al-kahfi ayat 14 :
[14] Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

2- Tidak terpengaruh dengan sebarang usaha, perancangan dan kekuatan makhluq kecuali dengan upaya dan daya daripada kekuasaan Allah. Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga sampai kepada tahap keimanan ini, dia akan meyakini bahawa semuanya adalah datangnya dari percaturan, penguasaan dan perancangan Allah semata-mata. Sabda Rasulullah saw. :

(( أكثروا مِن : لا حول ولا قوة إلا بالله، فإنه كنز من كنوز الجنة))
أخرجه إمام أحمد ومسلم وأبو داود
((Perbanyakkanlah “Tiada usaha dan daya melainkan dengan (apa yg dikurniakan) Allah” kerana sesungguhnya ia merupakan harta daripada harta-harta di syurga))

3- Tidak merasa lemah atau kekurangan, kerana sesungguhnya sesiapa yang merasa diri lemah atau tak mampu sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri, seterusnya menjadi malas berterusan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Begitulah pesan nabi ولا تعجز" “ “dan janganlah kamu merasa lemah”.

4- Sentiasa tamak haloba (احرص على ما ينفعك) untuk menghiasi diri dengan akhlaq / perbuatan yang bermanfaat dan berfaedah di akhirat. Dan tiadalah yang paling bermanfaat untuk manusia melainkan agama / cara hidup yang diwahyukan Allah azza wa jalla :
“Tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”

5- Sentiasa memelihara amalan-amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan sunnat spt qiamullail, puasa sunat, sedeqah, zikir, doa, istighfar, membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadith qudsi :
(( ... وما تقرب علي عبدي بشيء أحب مما افترضته عليه، وما زال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه ))
“Dan tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan diri hamba Ku yang lebih Aku suka melainkan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, Dan apabila hambaku menghampirkan dirinya dengan amaln-amalan sunat sehingga Aku mengasihinya, maka apabila Aku mengasihinya, Akulah yang menjadi pendengarannya ketika mendengar dan penglihatannya ketika melihat dan tangannya yang mengambil dan kakinya yang berjalan, dan sekiranya dia meminta nescaya akan Ku berikannya dan sekiranya dia memohon perlindungan pasti akn Ku lindunginya”

6- Zuhud daripada kemewahan, kesenangan, kenikmatan dan kerehatan hidup kerana yang demikian itu akan membantu membina kesabaran, menanggung kesusahan, berhadapan dengan kesulitan dan ketegangan.

7- Selalu melihat dan meneliti sejarah-sejarah orang-orang terdahulu serta mengambil tahu sejauh mana pengalaman yang mereka lalui dari segi ketegangan, kesakitan dan tekanan kerana yang demikian itu akan melahirkan rasa kehebatan dan kemuliaan terhadap mereka. Kita juga akan terasa kesusahan yang dilalui hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka.

8- Sentiasa memikirkan diri dan alam ini kerana yang demikian itu akan menyedarkan hakikat dirinya sendiri, maka tidak akan menjadi takabbur dan tertipu dengan diri sendiri, bahkan terus berusaha meningkatkan dan memperbaiki kelemahan diri.

20] Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Surah Adz-Dzariat Ayat 20-21

9- Sentiasa mencari ilmu dan menghadiri majlis-majlis ilmu, kerana dengan demikian itu akan membantu mengenali kecacatan pada diri dan cara-cara menghilangkannya. Lebih-lebih lagi ianya menjadi sebab kepada ketenangan jiwa, keteguhan hati dan mendapat kasih sayang Allah bahkan disebut di sisi Allah :
(( لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا ‏ ‏حفتهم ‏ ‏الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده ))
“Tidak duduk sekumpulan manusia menyebut dan mengingati Allah melainkan para malaikat menaungi mereka dan rahmat (kasih sayang Allah) memenuhi mereka dan Allah turunkan ketenangan dalam hati mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka kepada para malaikat di sisiNya”.

10- Berdamping dengan orang-orang soleh dan baik-baik, kerana mereka akan sentiasa memberi peringatan dan teguran kepadamu sekiranya kamu terlalai, dan membantumu ketika kamu ingat :

(( من يرد الله به خيرا يهده خليلا صالحا، إن نسي ذكره وإن ذكر أعانه )) أخرجه أبو داود
“Barangsiapa yang Allah mahu berikan kebaikan, Allah akan memberinya kawan rapat yang soleh, sekiranya dia terlalai pasti diingatkan dan ketika dia ingat pasti dia membantunya”

11- Menjauhkan diri dari maksiat dan kejahatan, kerana ia memudharatkan badan dan aqal, bahkan agamanya sendiri :
((‏ ‏خمس إذا ابتليتم بهن وأعوذ بالله أن تدركوهن : ما ظهرت الفاحشة في قوم فيعلنوا بها إلا ظهرت فيهم الأمراض والأوجاع التي لم تكن مضت في أسلافهم ...)) أخرجه ابن ماجه
“5 kemungkaran apabila berlaku pada kamu, dan aku memohon kepada Allah agar kamu tidak sampai zaman itu : 1) tidak terzahir perzinaan dalam sesuatu kaum itu lalu disebarkan melainkan lahirlah penyakit-penyakit yang tidak pernah wujud sebelumnya …”

12- Melazimi beberapa aktiviti riadhah yang boleh membina dan menguatkan tubuh badan spt memanah, berenang, seni mempertahankan diri dsbnya.

Monday, April 13, 2009

MANA MILIK KITA 2

Lirik ni adalah lirik penuh nasyid Mana Milik Kita yang sebelum ini saya sempat menaip beberapa baris sahaja liriknya.Semoga dapat kita hayati bersama seterusnya meningkatkan lagi rasa kehambaan kita kepadaNya,InsyaAllah..


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong memiliki Tuhan punya?
Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang empunya?
Patut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segalanya
Malulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya

Janganlah berbangga apa yg ada pada kita
Kalau Tuhan tidak beri kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit mengungkit jasa kita
Jasa kita sikit saja yang sebenarnya Tuhan punya

Marilah kita bersyukur bukan berbangga
Bersyukur kepada Tuhan bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat padaNya
Selepas itu lupakan saja agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yg kita dapat Allah sudah sediakannya

Saturday, April 11, 2009

"BOIKOT KFC MELAYU RUGI"?

Semalam dalam radio ikim jumaat 10/4/09(dlm slot apa saya kurang pasti),seorang tetamu undangan radio tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar mengguris perasaan umat Islam"Janganlah diboikot terus KFC,KFC Malaysia hanya menyumbang sebanyak 6%kepada Amerika,kalau diboikot terus,orang Melayu jugak yang rugi"Demikianlah kenyataan tetamu undangan tersebut.MasyaAllah..mengucap panjang saya apabila mendengar kenyataan tersebut.Sampai begitu sekalikah tahap kebergantungan ekonomi Malaysia khususnya orang Melayu kepada syarikat milik israel la'natullah ini?Apakah dia lupa rezeki yang diberikan adalah milik RabbulJalil?Memangnya(meminjam bahasa indon) tidak ada cara lain lagikah untuk mengaut keuntungan selain daripada terus menyumbang kepada zionis israel?Tidak sedarkah dia bahawa sensitiviti umat Islam terhadap kekejaman zionis israel kepada umat Islam khususnya umat islam di Palestinlah yang membawa kepada pemboikotan tersebut?Ternyata kerajaan Malaysia memang tidak pernah serius menentang kezaliman israel la'natullah..kenyataan para pemimpin di media hanyalah ibarat menanam tebu dibibir mulut..sekadar untuk menyejukkan hati umat Islam..

Hakikatnya, pemegang-pemegang saham terbesar syarikat milik israel seperti KFC,McDonals dan seangkatan dengannya adalah dikalangan Orang Melayu(islam atau tidak wallahua'lam)sendiri.Sejak kempen boikot secara besar-besaran dilancarkan selepas semenanjung gaza diserang tanpa henti awal tahun lalu,syarikat-syarikat ini memang kerugian besar.Lihat saja iklan-iklan media cetak mahupun elektronik,saban hari ada sahaja promosi terbaru untuk menambat semula hati pelanggan terutamanya umat Islam untuk kembali membeli produk mereka.Tumbuh pula RFC(radix fried chicken)milik syarikat bumiputera Islam mengganggu gugat lagi kedudukan mereka,sampai kakitangan rfc tak menang tangan melayan pelanggan.Tak cukup dengan itu,rfc pun mahu disaman gara-gara warna merah yang melatari premis perniagaan dan plastik pembungkus keluaran hpa.

Bangsa Yahudi la'natullah tak pernah putus asa untuk menghancurkan umat Islam,sedari atau tidak,makanan-makanan segera milik syarikat mereka menepatikah kehendak syara' "halalan toiyyiba".Ramuan-ramuan tepung ayam kfc pun tidak mahu diberitahu,ayam-ayam yang digunakan sudah tentulah dicemari dengan suntikan vaksin untuk mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut,maka tidak hairanlah wabak gejala sosial yang sudah menjadi bala mutakhir ini adalah hasil daripada kejayaan Yahudi merosakkan umat Islam terutamanya melalui pemakanan dan juga perubatan.

Pepatah ada menyebut,hendak lihat keadaan sesebuah negara pada masa akan datang,lihatlah pada golongan belianya.Masyarakat Jepun sendiri mengakui kerosakan akhlak remaja jepun adalah hasil daripada makanan segera.Maka,tidak hairanlah rata-rata remaja pada hari ini sudah tidak lagi menitikberatkan soal hukum halal haram dek kegelapan hati hasil pemakanan yang kebanyakannya dicemari dengan pelbagai bahan yang meragukan.

Monday, March 23, 2009

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, March 22, 2009

SEJAUH MANA KOMITMEN KITA???

Isu Gaza dan Palestin dah tak dibincangkan sehangat dulu,cuma suam-suam kuku je sekarang ni.Nama lagi manusia,drpd perkataan Arab yang bermaksud lupa,maka memang Allah ciptakan manusia ini makhlukNya yang tak lepas daripada sifat pelupa.Isu Palestin bukan satu isu baru yang tercetus akhir tahun lepas apabila Gaza diserang selama 13 hari berturut2,tetapi isu yang telah berpanjangan selama lebih 60 tahun!!.Bangsa Yahudi memang bangsa yang telah dilaknat oleh Allah.Kalau mengikut kajian,mereka ni adalah bangsa yang mmg mementingkan diri sendiri hatta sesama bangsa mereka sendiri,mereka juga amat menitik beratkan soal kesihatan,mereka tidak membenarkan unsur-unsur binatang yang bernama "khinzir" masuk ke dalam tubuh mereka,tetapi apa yang terjadi kepada umat Islam kita hari ini khususnya di Malaysia?Kita sering memandang remeh akan satu2 perkara,tak kata orang lain,satu jari dituding kpd orang lain,4 lagi menuding diri sendiri.Isu "khinzir" mmg sensitif kalau disentuh kepada umat Islam.Akan tetapi,acapkali kita lupa khinzir ni mmg seekor binatang yang Allah ciptakan di dunia ini utk menguji keimanan hambaNya.

Berbalik kita isu Palestin tadi,apa yang cuba saya kaitkan dengan bangsa Yahudi dan khinzir ini?Seorang pengkaji binatang ini dari kalangan umat Islam sendiri mendapati binatang ini amat unik.Seluruh bahagian tubuh binatang yang Allah ciptakan ini mempunyai fungsi yang tersendiri yang boleh diguna pakai utk dikomersialkan dlm pelbagai bentuk!!!.Makanan,sampai barangan kegunaan harian seperti berus gigi,ubat ubatan dan vaksin pun mempunyai unsur-unsur drpd binatang haram ini.Bijak sunnguh bangsa Yahudi ni,bangsa dia sendiri tak dibenarkan masuk dlm badan mereka,umat Islam digunakan habis-habisan dirosakkan dengan dimasukkan ke dalam badan-badan kita unsur-unsur khinzir ini.Apa ye bendanya tu?Apa lagi kalau bukan vaksin,imunisasi yang disuntik ke dlam badan-badan kita dan anak-anak kita hari ini.Mereka yang terlibat dengan perubatan konvensional mesti marah dengan kenyataan ini kan?Tahukah anda, sumbangan vaksin sahaja telah mencecah berbillion dolar disumbangkan terus kpd Yahudi melalui WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia)??Ada yang mengatakan apabila darurat maka ia dibolehkan??Benarkah darurat??Memang tidak ada alternatif lain dah ke??MALANGnya,itulah hakikatnya yang terjadi sekarang.Maka,tidak hairanlah mengapa umat Islam pada hari ini menjadi golongan yang diceritakan Rasulullah S.A.W, ditimpa penyakit "al-wahnu"..yang bererti cintakan dunia dan takutkan mati,sampai umat ISlam sendiri dibunuh bangsa Yahudi pun tak rasa apa-apa,gara-gara penyakit al-wahnu ini.

Oleh itu,saya menyeru diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan saya yang serba kekurangan ini supaya sama-sama kita kuatkkan jihad melawan hawa nafsu kita drpd terus menyumbang kepada bangsa Yahudi la'natullah .Betullah kata Rasulullah..."dunia ini penjara kepada org-org mukmin".Hidup kita mutakhir ini dikelilingi pelbagai perkara syubhah dan fitnah,mari sama-sama kita elakkan drpd terjebak dlm perkara-perkara syubhah ini.Al-Quran telah terang-terangan menyebut bangsa Yahudi ini selama-lamanya tidak akan senang dengan umat Islam sampai kita mengikut telunjuk mereka.

Wednesday, March 11, 2009

JOM TUKAR DAN AMAL

Artikel ni saya copy dari blog dunia herba hpa utk dikongsi bersama.Mari kita semua sokong produk muslim..

Kami ingin mengajak semua ahli HPA sekalian dan juga yang bukan ahli HPA khususnya umat Islam untuk sama-sama beralih menggunakan produk SUCI & HALAL HPA dalam setiap produk asas harian di rumah anda. Apa yg perlu anda lakukan hanyalah menukar produk kegunaan harian di rumah anda kepada produk jenama HPA.

Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana sebagai umat Islam kita wajib mencari produk yg suci dan halal. Apatah lagi produk HPA dihasilkan oleh syarikat bumiputra Muslim.

Adakah anda yakin produk yang anda gunakan sekarang ini suci dari bahan-bahan yang meragukan? Atas sebab itu anda harus melakukannya dengan niat untuk membawa produk suci dan halal ini ke dalam rumah. Disamping itu, bagi ahli HPA pula dalam masa yang sama anda akan dapat mengumpul Nilai Mata (NM) dan berpeluang menikmati bonus daripada HPA.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja: Baja Organik HPA
Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Beras: Beras Perang Organik
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Milo: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Kami yakin, sudah pasti produk-produk yang kami senaraikan di atas adalah produk yang sering anda gunakan setiap hari. Akan datang akan ada lebih banyak lagi produk HPA berbentuk kegunaan harian yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, jangan berlengah lagi…Mari Bersama Kami menggunakan produk SUCI & HALAL HPA ini.

Buat ahli HPA, jadilah pengguna setia produk HPA…
Buat mereka yang belum menjadi ahli HPA, sertai kami segera untuk merasai kehebatan produk HPA dan berpeluang menjadi usahawan produk Halal yang berjaya…
Buat umat Islam, marilah bersama kami menggunakan produk HPA ini, kalau bukan anda, siapa lagi yang akan menyokong produk umat Islam ini!

Tuesday, March 10, 2009

MANA MILIK KITA??

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
tidak ada milik kita
Kita hanya mengusahakan saja..

Baris-baris diatas adalah bait-bait nasyid satu kumpulan yang ternama di bawah pimpinan Al-Arqam satu ketika dahulu,nada murni..Bait-bait nasyid diatas mengingatkan saya tentang kemelut atau krisis perlembagaan negeri Perak yang belum selesai akibat keangkuhan pihak yang tidak bertanggungjawab,yang sanggup melakukan apa saja utk meneruskan survival politik jahat mereka.

Sesungguhnya mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah sebaik-baik perancang.Saya sempat mengikuti Ijtima' Pilihanraya P059 Bukit Gantang anjuran JPN PAS semalam,tertarik dengan apa yang ditazkirahkan oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat,doa iftitah yang kita lafazkan setiap hari,sedar atau tidak adalah ikrar kita dihadapan Allah Ta'ala,antara lain maksudnya"Sesungguhnya Solatku,ibadahku,kehidupanku,matiku adalah kerana Allah Ta'ala.Pengertian" kehidupanku" didalam doa iftitah tersebut menurut penjelasan Tuan guru adalah segala aktiviti yang kita lakukan di dunia semasa hayat kita,baik dari segi pergaulan,ekonomi,pentadbiran dsb.Lantaran itu,sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim,tidak dapat tidak dalam urusan pentadbiran ataupun pengurusan bermula dari pengurusan keluarga,di tempat kerja hingga urusan pentadbiran negara pun hendaklah mengikut batasan yang telah ditetapkanNya.

Sebuah hadith Rasulullah S.A.W ada menyebut,mafhumnya"Cintakan tanahair sebahagian iman".Bagaimana cara menunjukkan kecintaan kita pada negara?Salah satunya adalah dengan memilih kepimpinan negara yang dapat menguruskan amanah memakmurkan bumi Allah mengikut landasan yang disyariatkan Allah Ta'ala.Oleh itu,saya menyeru diri saya dan semua kita agar sama-sama kita memperbaiki diri,keluarga dan masyarakat sekeliling kita dan memakmurkan bumi Allah mengikut kehendakNya.Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah Ta'ala agar kebatilan yang telah sekian lama membelenggu rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya akan terkubur.