Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Friday, July 23, 2010

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

Sudah sekian lama rasanya tak menulis,kesibukan(barangkali)dengan anak-anak.Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia saya dan bertambah rezeki dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata yang ke 5.Muhammad bin Azmin Basya,nama yang disepakati saya dan suami.Teringat kata-kata us.Hasrizal Abdul Jamil dalam slot motivasi pagi di radio ikim fm,kehidupan ini adalah satu persinggahan sementara yang kita sendiri tak tahu bila kita akan kembali kepadaNya(lebih kurang gitu le kata-katanya).Justeru kita kena sentiasa menghargai dan melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Apabila mendengar kata-kata us. hasrizal tu terus teringat baru beberapa hari lepas isteri kepada us.mohd shahir b. hassan,kenalan dan sahabat seperjuangan suami telah dijemput oleh Allah kembali kepadaNya.Setahu saya arwah isteri beliau baru habis pantang melahirkan anak sulong.Begitulah ujian setiap yang bergelar hamba Allah.Kita yang masih diberikan nyawa lagi sepatutnya lebih menghargai kehidupan ini dengan buat yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.Meminjam kata-kata us.hasrizal lagi,untuk menghargai kehidupan ini juga kita mesti meninggalkan perkara yang kita fikir dalam hidup ini sepatutnya aku buat gini2... dulu,sepatutnya aku sebagai suami isteri kena buat gini2... kat aku.Lantaran bila kita sentiasa memikirkan"sepatutnya"itu menyebabkan kita sentiasa menyesal dengan apa yang kita ada sekarang.Sebaliknya fikirlah kita sebagai seorang hamba kepada tuan iaitu Allah banyak perkara-perkara yang "sepatutnya" Allah ambil daripada kita kerana dalam hidup ini bayak sekali kecuaian yang kita lakukan selaku hambaNya.Tetapi oleh kerana sifat Allah yang Ar-Rahim dan Ar-Rahman itu Allah masih lagi memberi nikmat Nya kepada kita meskipun dosa yang kita lakukan saban hari tak terhitung.

Justeru,marilah kita menghargai kehidupan ini dengan memberikan yang terbaik,bak kata us.hasrizal lagi dalam hidup ni bayakkanlah memberi kerana jika kita banyak memikirkan aku "sepatutnya" banyak menerima kerana asyik2 aku yang memberi atau berkorban untuk orang lain,kita akan sentiasa fikir hidup ini tidak adil bagi diri kita.