Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Tuesday, March 10, 2009

MANA MILIK KITA??

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
tidak ada milik kita
Kita hanya mengusahakan saja..

Baris-baris diatas adalah bait-bait nasyid satu kumpulan yang ternama di bawah pimpinan Al-Arqam satu ketika dahulu,nada murni..Bait-bait nasyid diatas mengingatkan saya tentang kemelut atau krisis perlembagaan negeri Perak yang belum selesai akibat keangkuhan pihak yang tidak bertanggungjawab,yang sanggup melakukan apa saja utk meneruskan survival politik jahat mereka.

Sesungguhnya mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah sebaik-baik perancang.Saya sempat mengikuti Ijtima' Pilihanraya P059 Bukit Gantang anjuran JPN PAS semalam,tertarik dengan apa yang ditazkirahkan oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat,doa iftitah yang kita lafazkan setiap hari,sedar atau tidak adalah ikrar kita dihadapan Allah Ta'ala,antara lain maksudnya"Sesungguhnya Solatku,ibadahku,kehidupanku,matiku adalah kerana Allah Ta'ala.Pengertian" kehidupanku" didalam doa iftitah tersebut menurut penjelasan Tuan guru adalah segala aktiviti yang kita lakukan di dunia semasa hayat kita,baik dari segi pergaulan,ekonomi,pentadbiran dsb.Lantaran itu,sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim,tidak dapat tidak dalam urusan pentadbiran ataupun pengurusan bermula dari pengurusan keluarga,di tempat kerja hingga urusan pentadbiran negara pun hendaklah mengikut batasan yang telah ditetapkanNya.

Sebuah hadith Rasulullah S.A.W ada menyebut,mafhumnya"Cintakan tanahair sebahagian iman".Bagaimana cara menunjukkan kecintaan kita pada negara?Salah satunya adalah dengan memilih kepimpinan negara yang dapat menguruskan amanah memakmurkan bumi Allah mengikut landasan yang disyariatkan Allah Ta'ala.Oleh itu,saya menyeru diri saya dan semua kita agar sama-sama kita memperbaiki diri,keluarga dan masyarakat sekeliling kita dan memakmurkan bumi Allah mengikut kehendakNya.Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah Ta'ala agar kebatilan yang telah sekian lama membelenggu rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya akan terkubur.

No comments: