Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Saturday, December 19, 2009

KELEBIHAN SUSU KAMBING

9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.Justeru,saya dan suami masih tidak berputus asa untuk mencari rezeki melalui bidang ini.Sekembalinya ke tanahair pada hujung tahun 2003,kami bermula dgn sykt Biosirih,kemudian Era Edar Marketing,Kohilal,Smylo dan HPA.Memang matlamat kami utk mengedarkan produk keluaran sykt milik umat Islam.Awal tahun hijrah ini kami diperkenalkan pula dgn sykt HR,pengeluar produk yg berasaskan susu kambing.En.Radzi Zainon,TYDP P AS Kawasan Gopeng lah yang memperkenalkan suami saya dgn produk ni,beliau jugalah yang memperkenalkan kepada kami produk biosirih ketika kami mula-mula menjinakkan diri dlm bidang perniagaan ini sekembalinya ke tanahair.

Justeru,ingin saya kongsikan bersama khasiat susu kambing ni.Kebetulan pula anak saya no 3 ada penyakit ekzema,saya dan suami mmmg tidak menggunakan ubatan konvensional .Susu kambing ni alternatif kami utk mengubati penyakit dan juga utk kesihatan umum.

KHASIAT SUSU KAMBING

1. Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. telah bertanya kepada Ummu Hani’ : “Adakah kamu mempunyai kambing?”, Jawab Ummu Hani’ : “Tidak”, Baginda bersabda : “Ternaklah kambing kerana padanya ada keberkatan”
(Riwayat Ibnu Jarir)

2. Rasulullah saw. telah bersabda : “Nabi Daud dan Nabi Musa diutus dan bekerja sebagai pengembala kambing, Aku juga diutus dan aku mengembala kambing ahli keluargaku di Bukit Ajyad dan kebanyakan mereka memiliki kambing”
(Musnad Abdul Mutollib bin Robi’ah)

3. Rasulullah saw. telah bersabda : “Barangsiapa yang ada di rumahnya seekor kambing yang diperah susunya, Allah akan datangkan rezeki untuk tuannya, keberkatan dalam rumahnya serta mensucikannya sekali setiap hari dan menjauhkan kefakiran daripadanya sejauh satu marhalah (44 km). dan Barangsiapa yang ada di rumahnya dua ekor kambing yang diperah susunya, Allah akan datangkan rezeki untuk tuannya daripada keduanya dan menjauhkan kefakiran daripadanya sejauh dua marhalah serta mensucikannya 2 kali setiap hari, dan barangsiapa yang ada di rumahnya tiga ekor kambing yang diperah susunya, Allah akan datangkan rezeki untuk tuannya daripada ketiga-tiganya, 3 keberkatan di dalam rumahnya dan menjauhkan kefakiran daripadanya sejauh tiga marhalah serta mensucikannya 3 kali setiap hari”
(Musnad Ali)

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit. Ia juga boleh dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING :
SUSU KAMBING ADALAH YANG TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

• Bersifat alkali seperti susu ibu, pH susu kambing tidak bersifat asidik.
• Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu
• Jarang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
• Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
• Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
• Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi
• Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding lembu :-
o Garam Galian 2.0 kali ganda
o Kalsium 2.2 kali ganda
o Potasium 2.1 kali ganda
o Protein 2.1 kali ganda
o Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
o Vitamin A 3.8 kali ganda
o Zat Besi 2.0 kali ganda
• Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
• Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
• Melancarkan peredaran darah.
• Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
• Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
• Memulihkan tenaga batin dan awet muda.
• Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
• Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
• Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf).
• Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
• Mengurangkan sakit kepala.
• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
• Meningkatkan stamina dan kecergasan
• Merawat dan menyembuhkan penyakit
• Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.
• Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
• Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
• Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
• Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
• Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila...).
• Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
• Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.

KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

1. Asthma / Lelah
2. Awet Muda
3. Barah / Kanser
4. Batuk Kering / Tb
5. Buasir
6. Darah Tinggi
7. Demam Kuning
8. Gastrik
9. Gout
10. Hepatitis
11. Hepatitis A
12. Insomnia / Sukar Tidur
13. Kencing Manis
14. Lemah Jantung
15. Migrain / Kerap Merasa Pening Kepala
16. Osteoporosis / Tulang Rapuh
17. Sakit Buah Pinggang
18. Sakit Kulit
19. Sakit Kuning
20. Sakit Pinggang
21. Sakit Saraf
22. Sakit Sendi
23. Sakit Tulang Belakang Yang Dialami Bila Usia Semakin Lanjut
24. Sakit Urat Saraf
25. Senggugut
26. Ulser (termasuk Ulser Perut)
27. Membantu Mencegah Kanser
28. Membantu Menghasilkan Sel Baru Tulang Dan Gigi
29. Memulih Tenaga Batin
30. Sesuai Diminum Diwaktu Pagi(Sebelum Bersarapan) Dan Malam(Sebelum Tidur). Jangan Guna Air Panas Kerana Boleh Merosakkan Khasiatnya. Bancuh Dengan Air Suam Sahaja).

KELEBIHAN DAN KEUNIKAN HiGOAT KELUARAN HR :-
 Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu.
 Kaya dgn Protin,Enzim,Mineral & Vitamin yg penting untuk kesihatan dan mengcergaskan otak kanak2.
 Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
 Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan kolestrol.
 Melancarkan perjalanan darah.
 Menguatkan tulang,otot,sendi dan tisu(kalsiumnya yang tinggi)
 Pertama dipasaran tempatan berbentuk serbuk(tepung).
 Terdapat juga berbentuk tablet(khas untuk kanak2)
 Rasa Enak,Penyediaan yang Mudah dan Segera.
 Sesuai untuk semua dan tanpa Gula.
 Tiada bahan Awet,Pewarna dan Bahan Tambahan.
 Bau yang menyenangkan dan organik.

HR MARKETING SDN BHD(37677-U)(AJL-931412) ADALAH SEBUAH SYARIKAT BUMIPUTRA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG BERTERASKAN SUSU KAMBING.

FAKTA: Penyelidikan oleh pakar-pakar pemakanan Jepun mendapati khasiat susu kambing sebenarnya 2 kali ganda daripada khasiat yang terdapat dalam susu lembu.


MENGURUSKAN BADAN
Nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing. Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut :

 Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
 Kolestrol daging lembu dan ayam.
 Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
 Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
 Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
 Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
 Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
 Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
 Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
 Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).

Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.
Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis atau kencing manis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.
Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.
Kerana kandungan khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, HR Marketing dengan bangganya memperkenalkan susu kambing dalam bentuk serbuk, pertama seumpamanya dipasaran. Sungguh mudah di sediakan. Jika junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. pun mengamalkannya, mengapa tidak kita? Dapatkannya dgn menghubungi kami...Marilah kita hidupkan kembali SUNNAH RASULALLAH dimana Baginda suka minum susu kambing,kambing merupakan binatang yang penuh barakah yg ditinggal2kan orang,saperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq,Rasulallah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal2kan orang" Kita sedia maklum kebanyakan Rasul2 dan Nabi2 semuanya pernah menjadi gembala kambing dan tentu ada Hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.
Kajian yg dijalankan oleh pasukan kajian dibawah Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi ,University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan jika dibandingkan dengan susu lembu.Antaranya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia (kekurangan zat besi), tulang rapuh dan mengcergaskan minda anak-anak.
Dibandingkan dgn susu lembu,ia mempunyai:-13% lebih kalsium / 25% lebih vitamin B-6 / 27% lebih antioksida selenium / 47% lebih vitamin A / 1.34% lebih potassium / 3.5% lebih niacin.Susu lembu bersifat ASIDIK manakala susu kambing bersifat ALKALI.
NIACIN-adalah nama lain bagi Vitamin B3,yg diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yg sehat.Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula (blood sugar) dalam pembuatan lemak.Ia membantu dalam fungsi sistem saraf,dalam metabolisma kabohidrat,lemak dan protien dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yg normal serta sintesis horman pembiakan manusia.Niacin juga merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah.Ia juga membantu dalam penyakit mental saperti schizophrenia.Kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan keletihan,lemah badan,kulit merekah,bengkak mulut dan lidah,cirit birit,ganguan mental,sakit kepala dan rendah gula dalam darah.



Rujukan / Penyelidikan :
Pusat Maklumat Utusan
Department of Veterinary Services, Perak MALAYSIA
Lustrel Labarotary, Perancis
Jabatan Fisiologi ,University Granada

DAPATKAN SUSU KAMBING HIGOAT SEKARANG
Hubungi :
Ustaz Azmin : 0195297917
Ustazah Siti Aminah 0193486055

No comments: