Ahlan wa sahlan

KEMANISAN BERJUANG TIDAK AKAN DAPAT DIRASAI TANPA ADANYA UJIAN

Saturday, December 19, 2009

MENDIDIK MANUSIA MENJADI MANUSIA

Alhamdulillah.Allah masih lagi memanjangkan umur kita semua untuk meneruskan tugasan sebagi khlaifatullah di muka bumi ini.Tahun Baru Hijrah dtg lagi menandakan makin bertambah jugalah usia kita,tetapi amalan utk dipersembahkan di hadapan Allah kelak bertambah atau tidak,wallaua'lam.Suka saya untuk kongsi bersama ttg persepsi kita mengenai Awal Muharram ini.Setiap kali tiba awal muharram media massa akan menonjolkan pelbagai tema dan program sambutan maal hijrah,tetapi habis begitu sahaja tanpa penghayatan yang mendalam yang sepatutnya diterjemahkan ke dalam cara hidup bermasyarakat khususnya di MAlaysia pada hari ini.Teringat saya dlm perbualam sembang pagi Jumaat Radio IKIM,seorang syeikh dari Madinah telah diundang utk berkongsi maklumat berkenaan hijrah,katanya yang diperlukan sekarang adalah nafsu manusia yang perlu berhijrah.Beliau mengutarakan sebuah hadith"BArangsiapa yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya,sekiranya tidak mampu,hendaklah mengubah dengan lidahnya,dan sekiranya masih tidak mampu,hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya,dan itulah selemah-lemah iman."Beliau mengulas hadith berkenaan tanggungjawab utk mengubah dengan tangan itu adalah diatas bahu para pemerintah,manakala utk mengubah dgn lidah pula para alim ulama', dan masyarakat umum adalah tergolong dlm kategori ketiga,iaitu mengubah dgn hati.

Beberapa hari sebelum itu,disiarkan temubual dgn Dr.Harlina Siraj,Ketua Wanita JIM mengenai Pengurusan Seksualiti di Malaysia.Pertengahan wawwancara ada panggilan daripada seorang ibu yang mengadukan masalahnya berkenaan anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun yang telah berzina dan tidak dapat menghentikan perbuatan tersebut.Beberapa hari lagi selepas itu,terbit pula dlm akhbar berkenaan seorang remaja perempuan yang telah merakam perzinaannya dengan 4 orang pemuda serentak dan dengan bangganya menunjukkan rakaman itu kepada bapanya.Tamadun manusia hari ini sudah berubah menuju kemusnahan.Menurut Dr.Harlina apa yang terjadi pada hari ini ialah Liberalisasi hidup,iaitu manusia perlu diberikan kebebasan sepenuhnya utk melakukan apa sahaja,maka jadilah apa yang terjadi pada hari ini.Kehidupan bertunjangkan Agama adalah tidak relevan lagi pada manusia hari ini menurut Liberalisasi hidup.

Persoalannya sekarang,siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk melihat generasi muda pada hari ini utk memimpin generasi akan dtg mengikut lunas dan garis panduan yang telah Allah tetapkan melalui panduan para NAbi?Institusi Pendidikan awam pada hari ini terbukti gagal utk mendidik manusia menjadi manusia.Kerajaan tidak boleh diharapkan utk memperbetulkan kecenderungan masyarakat pada hari ini yang lebih menjurus kepada cara hidup golongan yang tidak Allah kurniakan akal fikiran.Saya percaya ibubapa yang menitik beratkan pendidikan dan akhlak anak-anak mereka pasti setiap hari memikirkan nasib anak-anak mereka pada masa hadapan.Secara peribadi ,saya sendiri yang mengajar anak-anak prasekolah di PASTI melihat anak-anak kecil pada hari ini memang susah untuk dilembutkan hati mereka.Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi,antara lain faktor pemakanan dan didikan ibubapa dan tak kurang juga faktor manusia yang bertuhankan hiburan pada hari ini.

Kadangkala terasa sudah tidak tahan juga dengan karenah anak-anak kecil ini,tetapi memikirkan pada usia sebegini sikap mereka masih boleh dibentuk dan dilentur berbanding apabila usia telah meningkat remaja.Jalan penyelesaiannya adalah tidak lain tidak bukan adalah kembali kepada cara hidup ISLAM.

No comments: